Ciri-ciri stesen Stesen_MRT_Kwasa_Damansara

Lokasi

Stesen ini terletak di dalam projek pembangunan Kwasa Damansara, salah satu daripada dua stesen untuk berkhidmat di perbandaran masa depan ini. Memandangkan stesen ini terletak jauh dari Jalan Sungai Buloh, jalan masuk baru dibina untuk membolehkan penumpang memandu ke stesen ini. Terletak berhampiran stesen ini adalah pangsapuri mewah Kasturi Indah Condominium, Seksyen 7 Kota Damansara dan Seksyen 8 Kota Damansara.

Pelan stesen

L2
Platform
Landasan tidak digunakan
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Kwasa Sentral)
L1
Platform
Landasan tidak digunakan
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SBK Arah Utara9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Kampung Selamat)
GAras tanahMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaguna, pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang dan akan datang, Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[5] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal.[6]

Rujukan

WikiPedia: Stesen_MRT_Kwasa_Damansara http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/perjalanan-mrt/pa... https://www.thestar.com.my/news/nation/2014/11/26/... https://www.thesundaily.my/local/ssp-mrt-line-41-d... https://web.archive.org/web/20170722235218/http://... https://web.archive.org/web/20181115123831/https:/... https://web.archive.org/web/20190507082926/https:/... https://web.archive.org/web/20190528053807/https:/...